Tuesday, December 15, 2009

SESAK..SESAK..SESAK..

Pagi-pagi pegi kerja perkara yang paling merunsingkan saya adalah kesesakan lalulintas terutama jalan selepas dari Tol Subang melalui jalan kelab golf subang  ke Kuala Lumpur melalui jalan FEDERAL HIGHWAY. Dah bertahun melaluinya semakin bertambah-tambah sesak. Apa yang saya perasan,keadaan bertambah sesak bila pembukaan Flyover Subang..masak-masak. Sampai bilalah masalah nie nak selesai???




PERJALANAN DARI ARAH SUBANG AIRPORT

Ada gak mintak pendapat dari forumer dari forum lowyat berkenaan masalah kesesakan ini dan respon begitu menggalakkan dan cukup berterima kasih atas kerjasama diaorang. Apa yang boleh saya katakan disini berpandukan pandangan dan pendapat forumer,majority masalah berpunca dari pengguna  jalan raya itu sendiri.

DIBAWAH JEJAMBAT DIDEPAN MIDVALLEY.

Sikap pemandu Malaysia kalau ikutkan saya boleh dikategorikan sebagai yang terburuk didunia. Entah mana silapnya tapi apa yang ingin saya perkatakan disini ialah “People don’t change but what can change is the thing that they do”. Harap para pemandu di Malaysia dapat mengubah cara pemanduan mereka demi kebaikan bersama..paling tidak pun bila mintak beri laluan angkatlah tangan menandakan ucapan terima kasih kepada pemandu lain (itu yang saya selalu praktikkan dan ia memang berkesan)….


JALAN MENUJU JALAN BUKIT BINTANG.

Akhir kata hormatilah pengguna lain dan hati-hati memandu dan ingatlah mereka yang tersayang..

Monday, December 14, 2009

Color me Corby

Carnival!!!Carnival!!Carnival..Its Samsung Corby Carnival!

Sempena Penghujung tahun dan penutup tahun yang gemilang buat saya dan sesiapa sahaja,apa salah sekira dicuba..mana tahu rezeki takkan kemana…..

Gempak!!Gempak!!Gempak..Samsung dan Nuffnang telah mengadakan peraduan buat 75 nuffnangers yang bertuah untuk menyertai Samsung Corby Carnival. Untuk mengetahui mengenai segala maklumat berkenaan peraduan tersebut anda boleh layari http://www.nuffnang.com.my/samsungcorby/.




Pelbagai Hadiah menarik bakal dimenangi dimana setiap peserta akan menerima “Goody Bag” yang mengandungi perlbagai barangan dan setiap peserta akan menerima T-Shirt untuk dipakai dihari pertandingan. Pemenang tempat pertama akan memenangi hadiah berupa Samsung Corby mobile touch phone dan pemenang hadiah kedua bakal membawa pulang hadiah tunai berjumlah RM3,000.

Apa ditunggu lagi,oleh yang demikian dengan ini untuk melayakkan anda mendapat jemputan untuk menyertai peraduan ini anda perlu melakarkan cerita seperti apa yang akan saya ceritakan ini. Mana tahu kalau-kalau ada rezeki dapatlah jemputan yerr..

Bermula dengan pilihan warna, dimana warna pilihan saya untuk Samsung Corby adalah warna putih dengan hitam menjadi hiasan depan. Sesungguhnya kedua-dua warna ini adalah warna kegemaran saya dan putih dan hitam juga merupa warna simbolik dalam hasil karya seni saya...kebanyakan gambar koleksi saya juga berasaskan warna hitam putih dan model yang tak asing lagi sudah tentu keluarga saya...

















Keserasian warna putin dan hitam  penuh dengan pengertian tentang kehidupan...Putih lawannya Hitam tampak berlawanan tetapi sebenarnya saling melengkapi satu sama lain. Memang penyesuaian yang kena pada reka bentuk untuk Samsung Corby bagi warna kegemaran saya iaitu gabungan Putih dan Hitam. Hitam itu menawan dan Putih itu menambahkan seri rekaan..
















































Hasil sentuhan seni gabungan putih dan hitam....














Dari permerhatian saya tiada kurangnya warna kuning Samsung Corby yang bakal  menawan sesiapa sahaja yang memandang. Dengan kuasa seolah-olah mentari yang terang. Tampak ceria disiang mahu pun dimalam hari dan menambah ceria kepada sesiapa yang menggunakannya.













Merah Jambu Samsung Corby pula senonim dengan perwatakan lembut kaum hawa yang pasti memikat si dara jelita,emak dara dan sesiapa jua yang akan terpikat dengan warna terang seolah-olah memanggil-manggil untuk dibelai dan diusap.


















Dengan Gabungan warna jingga/oren tampak menyerlah pasti mengoda sesiapa yang memandang..sekali pandang pasti jatuh hati. Seolah-olah memberi kekuatan kepada si pemakai umpama disuntik dengan Vitamin C yang terdapat pada buah oren.

Keseluruhan warna sesuai dipakai pada semua peringkat tak kira umur, tak kira bangsa sebab ia melambangkan warna yang cukup konsisten dan elegent dan yang pasti Putih adalah warna pilihan saya kerana ia melambangkan warna kehidupan kita. Kita yang akan mencorak peta kehidupan dan semestinya LIFE GOES ON…..


Friday, December 11, 2009

MUSIM BERKHATAN

Seperti biasa bila datang musim cuti sekolah penghujung tahun pasti ramai segelintir anak-anak mulai risau..apa taknya,inilah musim untuk ibubapa sibuk hendak mengkhatankan anak mereka...yang dah lepas senang hatilah menyakat rakan-rakan mereka yang belum potong..potong..potong..pada 5hb disember lepas saya berpeluang melihat kanak-kanak berkhatan beramai-ramai lokasi di Klang berhampiran sebuah Masjid berdekatan dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Apa yang menariknya adalah bila tiba acara memandikan kanak-kanak yang bakal berkhatan. Kalau dulu kanak-kanak akan direndam didalam sungai,sekarang tak payah rendam,sembur dengan paip bomba pun jadi..hehehe..nice experience because tak pernah tengok lagi acara sebegini didepan mata so apa lagi snap..snap..snaplah....


















 Tuuuuu dia..jentera bomba yang telah bersiap sedia...

















Orang ramai dah berduyun-duyun pergi ke lokasi yang bakal menjadi sejarah buat kanak-kanak yang akan dikhatankan...


















Acara yang akan bermula bila-bila masa...
















Adeyyyy...nak dimandikan kena berpujuk..hehehe...




macam menyaksikan konsert..kelihatan abang bomba sedang bersiap sedia untuk menjalankan tugas...


Kelihatan Kanak-kanak yang bakal dikhatankan bersiap sedia untuk disembur dengan paip bomba...



Brrrrrrrrrrr...air mecurah-curah dari paip bomba..bukan main suka lagi kanak-kanak tuhh..siaplah lepas nie..



Wehhh..bukan main seronok lagi yerrr..macam main hujan..lepas nie siap sedialah yerr


dah selesai sesi mandi-manda  untuk upacara mandi paip bomba ...






Jeng..jeng..siap ada tempat berkhatan disediakan didalam kawasan masjid..masing-masing berdebar menanti giliran dengan penuh gementar..



Sedang menanti giliran masing-masing...berselawat untuk mengelakkan rasa gemuruh..



Selamattttttt..respect adik nie..siap announce lagi peserta pertama dan termuda berkhatan...


Disatu sudut kelihatan antara peserta yang tak berjaya dikhatankan kerana kecut..belum masuk sebelah tabir pun dah memeluk emaknya..hehehe..macam-macam...



Akhirnya sebuah kisah potong..potong..potong..melengkap episod pada kali ini dengan aksi adik yang tidak jadi berkhatan pada hari itu......THE END
Related Posts with Thumbnails